#157



kail kita yang panjang sejengkal jangan lautan dalam kita duga
hati kita yang mudah carik, jangan hati singa yang kita duga
dalam perawan yang belum kembang,
belum pudar dari sakitnya racing. 

semalam aku silap



semalam aku silap,
terjahan dalam hati rajuknya sampai hari ini
jasad yang di import tak sama dengan dibeli

semalam aku silap,
burung yang kita sangka jadi teman bicara
semalam mampu menjadi garuda paling bengis antara singa

semalam aku silap,
hati yang belum diterajui, diusik dengan canda ganas
tiada berubah, tiada terubat, semuanya sudah lepas

semalam aku silap,
hantar kedai hati untuk merawat pun belum tentu doktor setuju
melihat keegoan di samping lemas tapi belum kemas sebab buntu

semalam aku silap,
berpesan tanda ingatan, tiada wujud lagi.
teringat pada seseorang pun masih dipersalah lagi.

seorang perempuan matang berkata lantang,
'berfikir dahulu sebelum buat. pakai otak anjing. kau memang bodoh'

bisikan lembut, 
ditepis professional,
cara matang.
kenapa berlari andaikata ianya mahu diselesaikan penuh?

otak anjing ini yang bodoh
tuding jari pada otak anjing ini
dan beritahu semua orang, kau tak silap. tapi aku yang silap.
semalam.



#156



berpaling untuk mendengar instrumental 
adalah jalan terbaik dari mendengar hard metal.
ia belum terhenti di sini.

sebelum ia



sebelum ia berlaku
sudah diri berfikir tentang kebaikan dan keburukan
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir pro dan con nya
sebelum ia berlaku
sudah aku fikir masa lampau

semasa ia berlaku,
hati dalam yang mampu jerit
'cukup, jangan tambah lagi luka di hati'

cukup, jangan dusta lagi
cukup, jangan khianat lagi
cukup, jangan permain lagi
cukup, jangan syakwalsangka lagi

selepas ia berlaku,
biar aku bawa diri untuk lenturkan sempurna
selepas ia berlaku,
biarkan diri sendiri menjadi kawan terhebat
selepas ia berlaku,
aku melihat masa hadapan

walaupun kabur, pria yang sentiasa menjadi penanggung sanggup berdepan musibah.
mungkin ada hikmah.
mungkin.


dari venusia



'esok seperti semalaman yang tak berubah. kaulah tanda tanya. kau tiada titik noktah'

gaya ayu yang berjalan,
senyum ayu yang menikam
ketawa ayu yang pertama membunuh
larian ayu yang jengkel tapi lucu
dari dulu sampai hari ini, belum ada tercalit ayu

sebelum bermula detik pintu terbuka,
kau pernah beritahu yang kekosongan kau sudah cukup untuk menerangi hidup itu
tapi aku tafsirkan ianya sebalik.
dan ianya indah jika kekosongan terang
berganti gembira indah dalam gelap

kau tahu bukan bagaimana untuk senyumkan aku?
kau tahu bukan bagaimana untuk ketawakan aku?
senyum hanya dari kelopak
dan senyum itu bunga yang terhasil dari kelopak bukan?
ikut firasat hati,
izinkan aku gelapkan dunia kau sebentar?
untuk aku beri sesuatu yang bersama ku
yang mereka panggil 'cinta'

"tiada jarak pemisah lagi. tiada tabir sempadan budi aku terima dan jua memberi seikhlas hati. seribu tahun dan sejuta langkah seribu tahun bersinar cinta. kita bertemu di penghujung rindu" - Penghujung Rindu

kau tahu apa perbezaan kau dengan KLCC?
kau simpan cerita ini baik-baik. kerana cerita itu, hanya kita

satu cerita aku padamkan,
sampai lagi satu cerita, untuk aku sulamkan. sampai habis.

ini permulaan. ambil apa yang telah dipijak,
dan junjungnya atas kepala. 
biar mereka menghunus,
biar mereka mendengus
biar mereka mencaci
seperti dulu. ianya masih kita - kita.
sampai monyet boleh tersenyum riang, dan selagi katak masih melompat
ia belum tandus cintanya.
helaian senda, kita bermesra.
masih.


gracias srikandi. 






















#155



gerhana yang kita cari bukan dalam genggaman
gerhana itu panas
malapetaka yang kita cari sentiasa digenggam
sesalan kita dapat, malapetaka berdiam diri
sebab itu, malang tak berbau

tak mudah untuk kita
dalam persahabatan, menangis ketawa
terbongkar satu rahsia, tak semuanya dapat dibongkar
dalam masa tercalit,
terbukti. ramai pengikut.
termasuk dalam diam.

namun, dalam seksa kita masih senyum.



#154



bunyi gendangan itu dalam hati masih terbuak rasa suka
suka pada kau

walau kita belum bersemuka, 
walau kau belum melangkah untuk meninggalkan,
hati aku dah mula rasa sebak.

#153




tiada tergamaknya dalam hati untuk mengimbau sempadan
pergi pulang ke sempadan lama
kerana sempadan baru kita sedang meneliti.

#152



kita belum menjelajah seluruh hati manusia. mana mungkin kita kenal manusia itu keseluruhan. usah mengikut hipotesis awalan kerana pasti di tengah jalan ada pemboleh ubah yang mampu manipulasi, bertindak balas dan malar untuk merubah pengenalan hati tersebut. 

#151



'kalau cinta berakhir musnahlah segalanya
kalau kau pergi dulu tiadalah ertinya' - Dua Insan Bercinta

sewaktu belakang




dalam tiga langkahan, kita menoleh kiri dan kana
mimpi yang dirungkai, tak sama dengan jajahan hati
hari ini jadi penentu sejarah
hari ini jadi hari siulan
dan hari ini masih dalam sejarah
kita yang memandang dalam ribuang pelangi
pasti tertarik dalam satu pelangi yang datang
ianya pada waktu petang

walau langkahan ku sebelum ini dikhuatiri
walau pijakan aku selama ini dimusykili
walau senyuman aku sejurus ini diragukan
selepas ini aku yakinkan kau
dengan pulangan berbaloi.
semuanya dalam genggaman,
izinkan dan tempatkan satu ruang untuk aku diami
dalam masa yang sama untuk aku mengilai
dalam terbang, kita berimaginasi

masuk dalam satu pintu,
kita dendangkan lagu damai. di situ hanya masing-masing. hanya kita.

skrol


Legasi BM111, batch 4 UiTM Johor Bahru kami teruskan sampai ke genggaman skrol. tahniah kawan - kawan!

tiada pernah

tiada pernah aku merasa gembira
bila tiada insan tersayang, insan yang menantiku sentiasa
di hari konvokesyen nanti.
ibu, damailah kau di sana. 
al-fatihah

cinta tiada penghujung


teman pengganti pun tidak teran,
nama sentiasa kupinggit satu
jika memang menjelma angin
lantas kau merasa sejuk itu.

'tiada seorang perempuan pun yang dapat menggantikan tingginya ibu dalam hati aku'

pengorbanan ibu dari satu hari embrio dalam rahim
sampai keluarnya tangis itu, sampai hari ini
nafas yang belum terhenti, sebelum satu aku jayakan
lapan kau idamkan, semuanya terhenti dalam perjuangan

ibu, perjuangan itu terlalu besar sampai semua titis air mata
semua tidak pernah luput untuk mengingatkan ibu
sampai satu tahap perbuatan keji,
akan dibalas dengan derita sampai 'ditelan batu belah batu bertangkup'

hari yang mulia, Jumaat bercampur Aidiladha
kau pergi dengan aman, tenang roh diangkat, 
sampai satu tahap, kaki yang tiada jejak atas daratan
gagahan hati untuk berdiri,
hati meronta, 'bonda tolong jangan pergi'
semuanya diredhakan.
dengar suara takbir berlaung, hati aku mendayu. semuanya kaku.
mati dalam senyap, hilang dalam bayu.

rasanya tak cukup sebuah episod untuk mencerita
pengalaman suka, duka, tangis, tawa bersama ibu,
seribu satu helai karangan pun belum matang untung menulis kesimpulan,
apatah lagi menulis isi tersirat sebelum tersurat

busuk hati, ayat keji, buang jauh - jauh jangan sampai dibenci
pesan bonda paling tinggi darjatnya aku genggam
budaya kita pegang, jangan dihilang
cantiknya ukir lukisan, kekalkan jangan marba-kan
sepih hati, usah bersedih sampai melalak.
lantunan bahasa kasar, biar dikiaskan sanskritnya.

kami keluarga biasa
kami bukan berada malah diraja
kami hidup berjuang
kami berteraskan sederhana
ibu tak pernah ajar kekayaan
ibu tak pernah ajar keberlagakan
ibu tak pernah ajar biadap
semuanya bersantun
semuanya berhemah
semuanya bertulisan
semuanya baik - baik sahaja

tiada titis air di pipi untuk aku alirkan
semuanya aku redha pemergian itu, 
anak yang takkan berhenti,
kini sedar dari mimpi, maafkan anakmu bonda
walau pun 'cukup' bonda jeritkan,
ianya masih jauh untuk menelan realiti

'ikut telunjuk bayang - bayang akhirnya diri terluka'
jeritan batin biarlah dikemam, balasan hipokrit keji diamkan
dalam satu masa hati terdetik, 
Tuhan Maha Adil. 

dirgahayu ibu tenang di sana.
ya Allah, kau tempatkanlah roh arwah ibuku, Habibah bt Thukiman
di kalangan orang beriman. insyaAllah.

semangat ibu, aku galas di bahu belakang, aku gagahkan untuk melangkah sekejam sejauh mampu.

suara klasik

suara klasik,
setiap kali mulutnya berucap kata itu
hati ku berlalu pergi, patah semula teman untuk kali ini

suara klasik,
memang terlalu merdu dalam keliling malam
sanggup menunggu sejuk, dalam dingin masih menunggu jawapan

suara klasik,
enak didengar, rangup dihalwa
bertemu suara klasik bersama retro, segala terhajat
sampai angkasa

suara klasik,
yang telah selamatkan kita semua,
dalam terus hanyut, kita bangkit subur dari tanah

suara klasik,
jatuh bangun kita, retronya suara itu masih belum jemu didengar
dari hati ke trakea keluar mulut, barisan petah bertutur
keluar klasiknya

suara klasik,
kita teruskan penentangan
namun merdunya suara klasik menepis kebarangkalian

suara klasik,
agenda dari zaman hitam sampai millenium
suara itu masih neutral dan positif 

suara klasik,
kemahuan dalam diam dari dahulu sampai bising
segalanya bagi mereka dunia pemberi makna

suara klasik datang dari peribadi
yang kekal anggun.

kali ini aku silap


kali ini aku silap
kau mengingatkan aku tentang manusia buta yang mampu berdiri
dalam masa yang sama pendirian itu berkaki
dalam berkaki ia mampu berjalan dalam gelap
dalam buta, dahi nya tidak takutkan akan rumput hadapan
manusia buta mampu membunuh dan membaik pulih

kali ini aku silap
setelah sebiji botol diturunkan,
percayakah kau tentang cerita yang dicuri dalam sederhana?
aku menunggu cerita dalam dunia berdikari
setiap lorong aku selak untuk temui satu cerita 
lalu aku silap, aku bangkitkan seronok dalam khayal

kali ini aku silap,
ia tidak seperti untuk kau icapkan maaf mu
dalam penyerahan jantung yang paling bernilai terbuka
ingat lagi bagaimana kau mengingatkan aku dalam lazim
jantung itu masih menjerit mengerti

kali ini aku silap
kerana lima perkataan masih bermain dalam kotak
seperti kata sumpah, mana ada peraduan bertengkorakkan corak lutsinar
cerita berbeza, aku salah dalam semua kecelakaan
dalam satu sudut aku panjatkan,
sudut itu terjatuh akibat tangganya rantingan.

adakah kita masih berseronok lagi?
kali ini ia tak silap
Dan ia mesti telah begitu buruk
sebab hidup dengan aku mesti mempunyai sialan berhampiran membunuh

ingat tak dulu-dulu?

ingat tak dulu-dulu?

masa ni Chipmunk pakai cermin mata macam Simon
Ben masih bertapa atas katil
Shaharul tetap malas belajar tu yang dapat ANC
sama macam budak anime, Amni 
Syafiq yang gua tak boleh nak cakap perangai peliknya
Komeng yang masa ni kerajaan masih terima
Daus yang tetap sempoi
si Stim yang membasking malam-malam
campur lagi perangai pelik si Ewan
masa basking guna baldi Sani
Pian yang paling tua antara kita
si Blue asyik tengok video nasyid
Azfar si cina yang mementingkan duit
manakala Udeen mementingkan gula-gula
Ijat yang rajin kejut subuh
Wafi yang perangainya masih budak kecil
sama budak katil atasnya si Myrul
dengan Affan si kaki kebulur makan tepi katil
Mafia yang suka baling-baling handphone bila bergaduh
Mahdzar yang kita saksikan cintanya bertukar ganti
Itey yang hitam lagi manis
Fuad si gila joget K-popnya
Hafiz Aziz yang sentiasa hensem dan machonya

tapi itu dulu-dulu lah. sekarang dah berubah.
semua jadi budak baik, terbaik.


belum sempat

belum sempat,
kita juangkan sampai habis penamatnya sudar tertulis sini
kita membuat, kita mencorak, kita mewarnakan
dan lebih penting kita yang koyakkan setiap helaian itu

belum sempat,
untuk aku pasakkan sukma ku dalam kalbumu
biar sampai kau merasa soalnya bila dan siapa aku rawat
masih belum terlambat

belum sempat pun untuk kita huraikan soalnya siapa
sampai bila kita jadi begitu dan akhirnya ke mana jiwa itu
lepas satu jadi, datang satu lagi kan?

belum sempat,
kita bertaubat datang lepas satu, satu keliling itu.
misteri itu namanya masih misteri.
belum sempat kita hukum, tragedi itu jadi ngeri.

parah dan bara yang kita genggam
masih belum sempat untuk kita jadikan abu,
kau sudah pergi dulu.

esok masih belum sempat
lusa masih belum sempat
apatah lagi hari ini, masih belum sempat.


bicara bandar sejarah

memulakan bicara seawal usia, dalam perkataan penuh cercaan
sampai cacian itu aku bukakan biar kau tersakitkan

keputusan dibuat berdasarkan konflik persekitaran
yang aku sendiri buta dalam terang
rambut lurus jadi bengkok dipukul genggaman

sepi terasa,
pudarnya oksigen Johor Bahru
aku melangkah kan ke Melaka
semuanya bermula satu ikatan yang kuat
menyatu padu, berbulatkan suara
untuk berdendang marilah ke sini, marilah.

sedih terasa,
gurauan Johor Bahru belum habis ku rasa
semuanya masa cepat menyuruh
angkat kaki semula ke Melaka
bas yang dikejar telah pergi
tak kembali.

banyak fikir untuk aku teruskan kehidupan ini
semuanya berteraskan keadaan dan masalah
kalau berat, aku ketepikan dan ringan aku selesaikan
semuanya dalam genggaman yang mana akan ku lumat habis
biar nyawa tidak bercerai badan dalam lingkungan seribu hasta
dalam pada itu,
aku berdiam dalam diri aku
dan membiarkan yang lainnya memberi nasihat

'usah lupa asal usul, ingat dari dulu' - kata seorang perempuan kalis peluru

takkan pernah aku lupa segalanya
biarlah mereka kata pandang toleh atas, bahu tak bertepuk tampar
dalam hati kita tunduk berharap,
semoga rindu keruan tidak keruh semakin rindian.

perkara mersana, perkara sia - sia tolak jauh - jauh
simpan niat dalam hati
walau wisel berbunyi tiupan tamat, bukan bermakna kita menang
tetapi persedian untuk ke peringkat lebih tinggi.

jangan angankan kenyataan selagi belum di genggaman.