kembali

johor bahru, aku nak pulang ke sana lagi boleh? johor bahru hanya tersenyum
sambil berkata datang lah wahai anak watan.

di sini tempat aku menimba ilmu.
di sini tempat aku mengenali pengalaman.
di sini juga aku bertemu kenalan
di sini aku dilimpahkan kenangan

walau tidak kurang duabelasbulan lagi untuk menamatkan pengajian, aku tetap menanti saat itu. saat ketika aku di johor bahru.
tiga minggu berlalu singkat.
tiga minggu berlalu sekejap. walau sekejap, bagai setahun lamanya aku rasakan. tiada keindahan yang hadir dalam diri aku. segalanya hilang dan tiada potret kenangan manis untuk diabadi.
mentang - mentang lah aku ini insan biasa.

sekembalinya nanti ke sana, niat aku menuntut ilmu kerana Maha Esa.
kedua dan seterusnya aku harapkan kebaikan keadaan segala kisah berlaku kelak.
selebihnya aku serahkan pada Tuhan.

semoga tiada lagi mimpi busuk menghantui ku
semoga tiada lagi kecelakaan aku alami.
semoga tiada niat jahat untuk aku lagi.
segalanya aku terima dan aku tidak berharap lagi andai pisang berbuah dua kali.

sejak hari itu, segala malam aku menjadi mimpi ngeri.
sangat kerap seperti akrab. selalu.
aku harap malam - malam selepas malam ini lebih bahagia di johor bahru
harapan juga malam aku tidak malap walau aku tiup lilin itu. moga - moga.
nak jadi lelaki besi, syarat pertama : kena bodoh. nombor dua : kena kuat. dan nombor tiga : kena tahan segala berlaku
ternyata aku baru terbentuk sebagai aloi.

keberangkatan ke johor bahru, aku harap tiada apa kurang. segala kejadian tempoh hari, aku letak tepi. aku simpan rapi - rapi. pernah kau lupa tahi yang dilempar lalu terkena di maruah diri kau? ternyata jawapannya tidak bukan? begitu juga aku.



johor bahru, aku harap suasana baru menyambutku
tiada apa ku harap selepas semuanya berlaku.
kalut aku
ribut aku
gelabah aku
risau aku
bahu aku memikul beban. tidak apa - apa lah, orang kata, " berat sama dipikul ringan sama dijinjing."
johor bahru, sambutlah aku dengan senyuman manis semanis manisan madu lebah.




p/s : bila kata - kata mati, berupaya bangun kembali. bila jiwa mati, ibaratnya mati keseluruhan.

10 comments:

  1. selalu rasa kagum...pada org yg punya "jiwa"

    ReplyDelete
  2. johor bahru, bila ya nak menapak ke sana.

    ReplyDelete
  3. belon..moga mimpi busuk pergi dan mimpi indah menerobos ke sisi..*haha..da mle da aku ni bg ayt2 skema..haish

    ReplyDelete
  4. i love the way u writting :))

    wahhh, bile pulakk ya arisha nak dtg johor.....

    ReplyDelete
  5. cham : hahah kagum ngan jiwa sape?

    ReplyDelete
  6. mas idayu : hahahdatang lah sini. watpe g perak sana. hahah

    ReplyDelete
  7. kaka : hahaha mimpi busuk? waaah kakadah pandai bermadah2 haha

    ReplyDelete
  8. arisha : hahaha :P biasa2 jek lah arisha. haha meh aa datang johor baru

    ReplyDelete
  9. hey hey. ada kawan den menapak pi JB semakkan diri jadi hang punya junior kat uitm jb. hehe.

    ReplyDelete
  10. ok. tak dapat dinafikan lagi. aku rindu Johor Bahru, seriouslyy ! T___T

    ReplyDelete