mimpi busuk selalu berlaku, tapi mimpi wangi?

di petang yang dingin. tv aku bukak. butang merah aku picit, terpapar channel 801.
bosan.
aku ubah kepada 856 iaitu radio era.
berkumandang lagu terbaru shahir - luar biasa
aku tiru dan tampal secebis untuk korang tatap ye.

"Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu"

mendalam betul lirik ini. terasa dalam hati. aku hayati penuh perasaan. baru nak sampai ke klimaks, guruh berdentum! haha
padan muka. lantas aku tutup tv dan tanggalkan plug. nasib baik hujan tak berapa lebat.
setelah reda segala, aku menekan butang pada pc dan cepat - cepat mencari lagu 'luar biasa' dan memuat turun dengan selamat.

petang itu, aku tidur di ruang tamu bertanggalkan baju. lirik itu masih terngiang - ngiang di luar bibir telinga ku. nak ku tutup tak terdaya.
dalam tidur petang ku, aku mimpikan kau.
aku cuma nak beritahu.

semalam, aku mimpikan kau.
sama seperti malam-malam sebelumnya.
dan, seperti biasa.

aku akan bangun dan kata.
"cumanya mimpi yang bukan nyata"



p/s : moga hari ini lebih sempurna dari semalam dan esok lebih mulia dari hari ini.

10 comments:

  1. alalala lagu sedih nye :'( cantik background ! :D aku suke !

    ReplyDelete
  2. hahaha kau kecil. aku tumbuk kang. haha :P

    ReplyDelete
  3. asyik main dgn mimpi jek ?
    wei wei wei, shahir jahat taw ! die bunuh awek die ^^
    HAHA ;D

    ReplyDelete
  4. suka lagu ni . video klip dia pun best ;)

    ReplyDelete
  5. cik eliza : hahaha mimpi jek. tu lah kalau tidur waktu petang. haaha

    ReplyDelete
  6. nini : sori lah der. wa tak tgk ag aa cite karak uh. haha

    ReplyDelete
  7. tia : haha best ae? tak tgk lagi lah.. baru nk search nih. hehe :) trimas

    ReplyDelete
  8. aza : haha dalam mana uh? hehe luar biasa lah aza nih. :P

    ReplyDelete