nasib pahit aku telan

manusia yang nak menjatuhkan memang ada.
tak perlu label siapa pun dia.

ada.

dan memang saat kena rasa nak berambus dari hidup yang sesak.
tapi kalau hidup mudah-mudah dan tak ada manusia rupa itu.
tak ada antara kita yang sedar Yang Kuasa ada.

aku tak rasa sakit, tak perlu merasa pedih atas onar orang terhadap kita jika kita adalah benar
adat hidup
ditendang diterajang bila tak nampak berharga
dijulang digilap bila diperlukan bersedialah
cuma jangan cepat mengalah.
hidup bukan kerana sanjungan, mati bukan kerana kejian. Kalau marahkan nyamuk,janganlah dibakar kelambunya.
Nanti tak pasal-pasal satu rumah musnah. "Dalam seorang dua yang menyakitkan hatimu,
masih ada ramai di sini yang suka kehadiranmu." Jangan kerana satu insiden yang menyakitkan hati, anda terlupa untuk melihat 'the bigger picture' yang rupanya lebih banyak keindahan dari kecacatannya.

sekarang kini,
andai mahu berjaya
andai mahu duduk di atas
andai mahu dijunjung
andai mahu disanjung
andai mahu dipandang mulia
andai mahu dilihat berketrampilan, berwawasan
andai mahu ditengok hebat
andai mahu dilihat beza dari yang lain
andai mahu dihormati segenap masyarakat
andai mahu di hadapan 26 juta masyarakat
andai mahu dilihat kelakar,

"apa yang anda perlu buat ialah
jatuhkan atau pijak rakan/kawan
atau sesiapa yang anda rasa pencabar atau lebih dari anda."

Busuk hati.

Aku dah terkena. Sedang.



terima kasih atas kuota. :)

6 comments: