rungkai guna akal namun tak temui bahagia

apa kau rasa bila nasib bukan sebelah kita?
apa kau rasa di anak tirikan?
dan apa kau rasamilik kita hak prang lain?

marah?

eh tak ada guna lah kalau kau yang tak punya kuasa untuk mentadbir semua! haha semua terjadi kat aku. sebab itu, datang lah masalah kepada ku, larilah kebahagiaan dalam hidupku. haha menepis masalah bukan mudah.

bertimpa-timpa. macam setiap pagi seorang makcik ke perigi untuk menimba air dengan niat untuk mandi. kesian kan? apabila air yang dibawa balik ke rumah terjatuh di tengah jalan? mengarut kalau aku bole menepis masalah itu sekelip mata.

terpaksa.

itu kata dalam badan. kata hati, memang itu yang kita perlu buat. senyum? orang dah tak pandang muka kita, apatah lagi melihat dengan mata kasar mahupun halus. terima kasih sahaja lah. haha aku ambil inisiatif untuk menepis masalah satu persatu. rahsia aku susun rapi-rapi dan molek-molek semoga bom aku tanam tak siapa kesan!

benar, apa kita hajatkan, tak akan sekelip mata kita capai. usaha berterusan. tapi jika dah sehabis daya usaha, tawakal. redha dengan penerimaan. aku terima segalanya. terima kasih Allah. walaupun nasib bukan sebelah aku. mungkin ada hikmah? itu naluri aku yang suci cakap. kalau naluri busuk aku kata? haha biasa lah.

bukan terpilih. itulah aku.
sedih dengan diri sendiri?

teramat.

tapi tak bisa. sebab, diri kita, usaha kita.
kenapa nak sedih dengan apa kita dapat kan?
berat sebelah dikenakan memang sakit. sakit di bahu, mana ada orang sanggup ngendongkan untuk aku? haha berat sebelah kuputusan itu!

aku mampu apa?

marah?

haha jangan marah. ingat tau, kerana mulut badan binasa. aku tahu itu semua. habis kenapa nasib bukan sebelah aku? sabar. mungkin ada hikmahnya. kau akan jumpa kelak. aku cari segenap kesalahan, mungkin diri sendiri tak punya kuasa untuk melihat tapi mata kasar orang lain?

aku memang keji.
aku mengaku.

nyalakan lampu, padamkan lilin.
terima kasih air mata kerana aku sapu kau sekali lagi.


kemaafan dendam yang terindah

4 comments:

  1. kan mudah kalau masalah hilang macam doraemon keluarkan alat dari poketnya.

    ReplyDelete
  2. haa tau pun. nk wat cmne mas idayu oit. susah nk setelkan semua

    ReplyDelete
  3. ayat gua tak sehebat ayat lu!
    HAHA ;D
    ape kena dgn ben tu ? ;p

    ReplyDelete
  4. ahhaha takde kene mngena pun.tapi suke dgn gambar tu.haha

    ReplyDelete