terima walau di ludah bunga

hilang kumbang seekor, datang kumbang baru.
aku mahu timbulkan satu persoalan?
kumbang pandai memikat ke?

andai kumbang pandai memikat. pemujuk hati. setia. beruntunglah siapa menerima kumbang itu. tapi siapa yang dapat? adakah bunga?

orang kata, 'bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor'
benar kata pepatah tu. tapi andaikan aku terbalik kan,

'sebab bunga bukan sekuntum lah yang kumbang mahukan'

tetapi bunga yang memaki hamun kumbang selepas kumbang sanggup bergadai seluruh raga kumbang, bunga itu satu dalam sejuta ke? kalau takut dilambung ombak, usah tampal batu bata tepi pantai. sendiri makan, diri kita rasa pahitnya. wahai bunga, kasihan aku melihat kumbang kau atau erti kata lain, bekas kumbang kau. kenapa kau benci dengan tingkah laku?

bukan niat sebelahkan pihak

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula baru bersama beberapa ketika. asam garam kehidupan, perang dingin, perang mulut, itu perkara biasa. kasihan melihat kumbang.

nasihat aku

usah balas makian dilemparkan
usah balas tahi ditaburkan
usah balas cili dicampakkan
usah balas periuk api ditanamkan
usah balas segalanya dengan perilaku buruk

lelaki kalau baran anginnya satu badan.
kawal nafsu. jaga perilaku.
doa yang terbaik. kumbang terima segalanya.
selebihnya serahkan segalanya pada Maha Kuasa.

aku cuma menasihat.
aku bukan sempurna
nasihat untuk kumbang macam kau,
terkena dalam diri aku jugak.
iktibar kita ambil, pagar kita hias teladan. kalau salah maafkan dirinya. bunga bukan tahu apa - apa. bunga yang hanya tahu gembira, tidak kenal erti sedih, bukan itu untuk kau. aku berani pertaruh. bunga yang sanggup terima kumbang seadanya
itulah patut kumbang bersyukur.
cakap terima kasih

cukup. aku memang kejam.
ludah kau tajam.



untuk kawan aku yang tak perlu dilabel siapa. :)
aku harap kau boleh senyum sebab kau lelaki.

6 comments:

  1. kalau perempuan adalah bunga, maka bukan kumbang yg patut dicari. sebab kumbang hanya menikmati madu bunga dan pergi setelah dapat hasilnya. bunga patut mencari matahari yg memberi sinar biar ia terus hidup.

    ReplyDelete
  2. haa baru tau. kumbang isap madu pada bunga ae? haha salah lah. sori2.

    ReplyDelete
  3. haha tah. dulu kaunselor yg bagitau masa kat asrama. hehe.

    ReplyDelete
  4. hahaha ye ae? ala kawan akim kesian seh die kne teruk.haha

    ReplyDelete
  5. tu lah. baca pun macam pedih sangat je. sini lah den belanja dia aiskrim. biar sejuk sikit.

    ReplyDelete
  6. ala..aiskrim ape? aiskrim malaysia ae yang 20 sen uh? nak nak.haha

    ReplyDelete